"Mother
is pure radiance.
She is the sun
I can touch
and kiss
and hold
without
getting burnt."
Sanober Khan
#tasneemnaturel
#BalmBalmkanAnakmu
#tasneemrangers2019
#CikFidTasneemNaturel
#sehangatusapanibu
#TNAgentBanting
Saturday, January 19, 2019
Friday, January 4, 2019
Be GRATEFUL
Bila kau rasa orang lain LEBIH adanya
Bila kau rasa kau KURANG sesuatu yang buat dirimu rasa terperuk
BERHENTI
LIHAT apa yang kau ADA sekarang
Kerana sesungguhnya ada orang lain yang TIADA apa yang kau ada
BERSYUKURLAH π
Selamat Jumaat sahabat yang manis.
#PeaceJoyLove
#IamWORTHit
#CikFidTasneemNaturel
Wednesday, December 26, 2018
πTips Stimulasi Bahasa
Post ini saya pernah kongsikan di FB pada Ogos yang lepas. Telah dikongsi sebanyak 1.6K. Tak sangka sebenarnya. Benda baik dikongsi bersama kan. Sedikit perkongsian untuk kita bantu perkembangan bahasa anak-anak kita. Pada anak-anak yang ada masalah lewat bertutur, ini sebagai panduan sebelum berjumpa dengan Speech Therapist ya. Setiap anak adalah unik dan punyai keistimewaan tersendiri.
Setuju?
So, saya kongsikan sekali lagi di blog ini. Kongsikan pada rakan taulan jika anda rasa ianya bermanfaat.
Dewasa ni makin ramai anak-anak yang dirujuk ke Unit Terapi Pertuturan kerana masalah lambat bercakap. Slot kes baru sentiasa penuh. Ramai yang mengeluh kerana terpaksa menunggu sehingga selewatnya 3 bulan untuk menerima rawatan yang pertama.
Sungguh pun begitu masih ada ibu bapa yang kurang faham kepentingan pengesanan awal. Sampailah anak nak masuk sekolah baru terkejar-kejar bawa anak ke hospital untuk dapatkan terapi.
Umur 1-3 tahun adalah waktu kritikal perkembangan bahasa anak-anak. Jika terlepas sukar untuk anak-anak mempunyai tahap bahasa yang sepatutnya. Bila penguasaan bahasa tidak mencukupi, pembelajaran dan kemahiran akademik anak-anak akan terjejas.
Di bawah ini saya simpulkan tips-tips yang pernah saya kongsi sebelum ini. Dalam bentuk gambar yang lebih mudah untuk dihadam. Di bawah setiap gambar ada penerangan ok.
Ps: untuk ibu bapa yang dah dapat tarikh temujanji terapi tolong lah patuhi dan hadir. Jika ada sebarang kekangan TOLONG maklumkan kepada kami. Slot sangat terhad terutama kes baru. Jika rasa anak tak perlukan terapi terus terang sahaja. Supaya slot anak anda itu dapat kami isi dengan pesakit yang lain.
Keperihatinan dan rasa tanggungjawab dari anda kami butuhkan.
CikFid
Terapis Pertuturan Anda
π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»
#1 Guna perkataan penuh π
Maksudnya? Kalau nak ajar π sebutlah BAJU..bukan AJU..kalau nak ajar πbagitahu SELUAR ya..bukan CUAR..dan kalau nak ajar π katakan KASUT, bukannya ACUT..
πKenapa? Bila anak dah terbiasa dengar baby talk ni, dia akan sebut yang sama..nanti susah nak betulkan, sebab kita yang dewasa pun cakap begitu, maka pada anak2 ni, tak ada salah silapnya sebutan mereka..
Faham ya? ππ
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
#2 Betulkan sebutan anak secara bersahaja, tak perlu paksa anak untuk ulang. π
Contoh: anak sebut π ONET! ONET! Response kita? Ikut sebut Onet? Angguk sahaja? Tengok dan kata 'aah dik'..BUKAN ya..kita kena kata 'Oh! Monyet! Adik nampak monyet ya! Banyaknya monyet..ulang banyak kali perkataan monyet tu ya..ini contoh..boleh guna untuk perkataan lain juga..ππ
Sama juga bila anak guna perkataan hujung..contoh JU untuk BAJU, kita ulang semula perkataan yang penuh dalam keadaan yang santai ya ππ
Kenapa tak boleh paksa ulang? Takut nanti anak stres, elok2 dia nak ikut kita cakap terus shut down..siapa yang susah? Kita juga kan π£
Setakat ni ok π?
ππππππππππππ
#3 Ajar perkataan baru: kita ULANG dan ULANG, bukan tanya soalan.π
π Berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa, ibubapa bila kita buat sesi parent-child interaction πͺ (interaksi ibubapa dan anak) ayat pertama yang selalu saya dengar π adalah INI APA? Emm..kalau anak tu memang dah tahu boleh lah dia bagitahu..kalau itu pertama kali dia lihat objek/gambar tu sampai sudah la tak jawab..tak pun dia buat tak tahu je, kita cakap sorang2 ππ
πNak ajar perkataan baru kenalah tarik minat anak dulu kan..boleh letak objek/gambar dalam kotak ke, bawah kain ke, sorok biar kita je yang nampak..buat2 excited WHOAA!π± ADA SESUATU LAH! Bila dia dah share attention baru kita tunjuk..get it?π
π Ish..tak boleh tanya soalan langsung ke? Ok lah..boleh dengan syarat π ada penerangan selepas itu..penerangan macamana?
Contoh: ajar π EPAL..dah dapat tarik perhatian dia, kita bagitahu dia..Eh! Ada EPAL lah dik! Tengok! Ni EPAL..EPAL merah..cuba pegang, licin kulit EPAL ni kan! Keraslah EPAL ni..cuba cium..EPAL wangi..and so on..berapa kali saya ulang EPAL? silalah kira ya ππ
πAnak kena faham dulu sebelum dia dapat sebut π..dia perlu dengar πperkataan tu banyak kali untuk dia simpan dalam memori dia..jadi, berhenti tanya soalan, ganti dengan ulangan. Ok?
ππππππππππππ
#4 Terjemahkan bahasa anak anda kepada perkataan mengikut situasi dan keadaan masa itu π
π Biasakan kita dengar πanak bercakap GUNA BAHASA DIA..macamππ€..tiada biji butir kata orang tua2..apalah yang disebut tu nak π₯π₯π₯..apa yang selalu kita buat? Tanya soalan betul? APA ADIK NAK? tak pun kita teka..A? Bukan..B? Pun bukan..habis2 kita angguk je lah..ye dak..
π Dah tu, nak buat macamana lagiπ₯π₯? Sebelum kita respon, berhenti sekejap π₯ dan tengok keadaan sekeliling..ada tak apa2 benda/situasi yang telah menarik perhatian si anak..Kita bertuah kalau anak tu boleh tunjuk atau buat isyarat tertentu..senang nak agak kan?
Ok, katakan bila dah scan sekeliling, kita dapat tangkap apa yang anak tadi cuba sampaikan..di sinilah tugas kita tadi, terjemahkan bahasa anak itu kepada perkataan/ayat yang bermakna πΈπΈπΈ..
Contoh: anak dah uu aa uu aa, pandang π kita cuba nak bagitahu sesuatu..dan kita dah scan, nampak ada budak menangis ππ..jadi apa ayat yang nak kita guna? Sila jawab di komen ya ππ
π Kesimpulannya, jangan angguk saja ya, beri perkataan yang bermakna untuk terjemah isyarat atau bahasa unik anak anda! ππ kenapa? Supaya anak faham perkataan yang betul untuk dia gunakan satu hari nanti..boleh? ππ
π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·
#5 Pelbagaikan kategori kosa kata anak anda.π
πSelalunya apa yang tuan/puan mula2 ajar anak untuk bercakap? Panggilan keluarga πͺ? Barang2 peribadi anak πππΌ? Bunyi binatangπππ? ABC? 123? Yang dua terakhir tu nanti2 dulu lah ya..kita titikberatkan bahasa komunikasi dulu ok? ππ
πPerasan tak selalunya kita lebih mengajar anak untuk tahu NAMA sahaja? Ya..begitulah kebiasaannya..kenapa? Sebab kita suka tanya soalan NI APA? APA NI? Eh π..macam sama pulak π
π
jadi anak pun lebih kepada menamakan barang sahaja..
πSedangkan bila kita nak sembang, kita perlukan lebih dari kata nama..kita perlu kata kerja, kata sifat contohnya untuk membina ayatπ..berdasarkan pengalaman saya, anak yang tiada atau kurang kepelbagaian kosa kata, selalunya ayat panjang yang mereka ada hanyalah ayat meminta sesuatu..tidak lebih dari itu..tak cukup kan?
π Jadi, pelbagaikan kategori kosa kata anak2 ya..terutamanya kata kerja..selamat mencuba!
πππππππππππππ
#6 Pelbagaikan intonasi suara π
Agak2 lah kan, kenapa ya anak2 suka tengok kartun dan rancangan kanak2 π§π¨π¦macam ChiChi dan ChaCha atau Didi and Friends tu?
Warna-warniππππ? Salah satu sebab..Pergerakanπ? Ya jugak..Nyanyianπ€? BETUL! malahan cara mereka bercakap menggunakan intonasi atau nada suara yang pelbagai! Ini dapat menarik minat anak dan mereka dapat 'maintain' lebih lama dalam topik perbualan..
Maaf sebut ya, ramai ibubapa kurang kemahiran yang satu ni..tak perlu malu dengan anak2..cubalah! Tengok ada perbezaan tak respon anak kat kita..cuba dulu, baru tau! ππ nanti share hasinya ok?
ππππππππππππ
#7 Beri masa untuk anak respon π
π Macamana gaya anda bila memberi arahan atau bertanya soalan pada anak anda? Eh π ..puan ni tadi kata tak elok tanya soalan..iya..betul, kan saya kata boleh dengan syarat ada penerangan selepas itu? Ingat lagi tak? ππ
Ok..berbalik soalan saya tadiπ..Kita dah ajar anak perkataan baru, dan kita teruja π± nak tengok anak kita faham dah ke perkataan tu..kita yakin anak dah tahu, sebab tu kita tanya anak..betul?π
πTuan puan..pada pemerhatian π saya..kita ni, BERISIKO..ya BERISIKO untuk mengulang soalan pada anak kita lebih dari sekali!π
secara terus menerus pula tu! Macam bidikan machine gun! Selagi anak tak jawab atau tunjuk, kita ulang lah soalan tu kan?
Adik, ni gambar apa ni..ni..ni..yang ni kan mama dah ajar, apa ni dik dan seterusnya lah..ada tak yang macam ni?π
Tanya sekali, tunggu✋..tengok respon anak..bagi dia fikir, seketika tiada jawapan boleh tanya sekali lagi dan tunggu✋ lagi..5 saat. Cukup masa tiada jawapan, tolong lah jawabkan..anak tak stress, kita pun gembira
..kan?
Jadi..tunggu lah anak untuk respon barang seketika ya.
π☁π☁π☁π☁π☁π☁π
#8 10 minit setiap hari lebih baik dari tiada π
πSeringkali terdengar keluhan ibu bapa bila sang terapis pertuturan mengesyorkan latihan dirumah..saya faham bab kekangan masa⏳, kerana saya juga ibu bekerjaya..setiap kita Allah kurniakan 24 jam⌚ yang sama, terpulang pada kita bagaimana hendak mencorakkannya..
π π«Puan cakap senanglah, balik dah penat, mana nak urus rumahπ , masakπ² lagi, basuh bajuπππ bagai...
COP!✋ takkan tak ada satu masa pun yang kita ada bersama anak? Fikir betul2...dalam keretaπ? masa mandiπΏ? Pakai baju? Masa makan? Sebelum tidurπ€? Ada ke tak ada? Lama tak aktiviti di atas ni? Rasanya paling lama pun 15 minit sahaja kan?
πIni adalah di antara masa berkualiti yang perlu kita gunakan sebaik mungkin! Kita fokus pada anak, anak juga belajar fokus dengan kita..ceritakan apa yang sedang berlaku, ulang dan ulang perkataan baru, guna intonasi suara, menyanyi! πTak perlu permainan yang mahal kerana setiap benda yang ada disekitar kita boleh dijadikan stimulus..yang penting KREATIFπ
Simple right? 10 minit sahaja setiap hari..the KEYWORD is CONSISTENCY..You can do this! Jia you!πͺ
π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯
#9 π +1 π♀️
πHari ni kita belajar matematik ya? Eh..tak lah..Dah tu kenapa pulak ada +1 kat atas tu?π€
Sebenarnya ini adalah peraturan dalam memanjangkan ayat anak2..macamana tu? mudah sahaja..tambahkan satu lagi perkataan pada setiap ujaran yang anak anda hasilkan.
Contoh: anak nampak sebuah kereta π di jalanraya
Anak: Keta!
Ayah: Wah! Kereta!
Kereta biru!
Anak: Biru?
Ayah: Iya..kereta biru..kereta laju
Anak: Vroom laju!
Sweet and simple..Anak sebut satu patah, jadikan dua..anak sebut dua patah, jadikan tiga..dan seterusnya!
Sikit2 lama2 jadi bukit π€
Ingat ya..+1 ❤️
ππππππππππππππ
#10 REAL IS BETTER π
Oh..really? Apa maksudnya tu puan? ππ
πSebelum ni saya ada tanya objek sebenarπΌ vs gambarπ· kan? Dalam kita menambah kosa kata anak, penggunaan objek sebenar adalah lebih bagus berbanding gambar..Kenapa? Mari saya terangkan..
Untuk anak2 π¦π§dapat memahami dan mengingat sesuatu dengan lebih cepat, penggunaan kelima-lima modaliti sensori kita sangat membantu..iaitu
Deria penglihatan π
Deria pendengaran π
Deria sentuhan ✋
Deria bau π
Deria rasa π
πJadi bila kita guna objek sebenar, anak dapat menggunakan sekurang-kurangnya 4 modaliti di atas!
Contoh:
Ajar buah durian
Lihat: warna, bentuk
Rasa: manis
Bau: bau durian lah kan π
Sentuh: kulit tajam, isi lembut, berat
Dengar: mungkin kalau ada dusun boleh dengar bunyi durian jatuh ππ
Berbanding gambar..kita hanya dapat beri anak lihat sahaja, yang lain anak tidak dapat bayangkan..
So, that is why REAL IS BETTER..mulakan dengan objek sebenar dahulu ya..Got it? ππ
π―π―π―π―π―π―π―π―π―π―π―π―
#11 Pentingnya pengesanan AWAL! π
π Lama tak bersiaran? Maaf lah..anak2 tak sihat, saya pun..disamping mata yang berpinau π΅mengira statistik kehadiran pesakit Unit Terapi Pertuturan Bahasa, HTJ Seremban untuk tahun 2017..Apa dapatan saya? Penambahan bilangan pesakit dalam lingkungan 200++ berbanding 2016..ramai tak? Anda rasa?
Nak habaq ni, bilangan rujukan anak2 lewat bercakap semakin meningkat..kenapa? Tahap kesedaran ibu bapa dan anggota kesihatan semakin tinggi sekarang! Syabas! ππ
Sungguhpun begitu..masih ada yang lewat dirujuk..umur 4-5 tahun baru sampai pada kami..kesian anak2, terlepas waktu kritikal pemerolehan bahasa mereka..π₯π₯
Ibu ayah, mohon perhatikan anak2 kesayangan kita ni ya..kalau ada tanda2 seperti di bawah ni, cepat2 bawa berjumpa mana2 Terapis Pertuturan Bahasa yang berdekatan dengan anda
π― 12 bulan: tidak membebel, tidak menunjuk atau membuat sebarang isyarat mudah.
π― 18 bulan: tiada perkataan pertama.
π― 24 bulan: tiada ayat mudah 2 patah perkataan.
π― Kemahiran bahasa menghilang pada bila2 usia anak.
Jika ada mana2 tanda seperti di atas, mohon bertindak segera..jangan tunggu lagi ya!
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
#12 Bermain! π―
Ingat tak masa kita kecik2 dulu..main tak ingat dunia kan..seronoknya panjat pokok, main tanah, main parit air yang jernih (saya lah tu π
π
)..best!
πBermain adalah dunia anak2..kenapa bermain penting untuk kemahiran bahasa? Sebab..dalam bermain anak berada dalam mode seronok..bila seronok tumpuan anak meningkat. Kebarangkalian untuk anak meniru perkataan adalah tinggi..ketika ini joint attention akan berlaku, maka anak akan lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh ibu bapa..anak juga dapat belajar sesuatu dengan cara yang betul. Kreativiti anak dapat di asah dengan lebih mendalam..ingat, πdalam bermain tiada yang salah! Raikan idea anak2 anda..dan pastikan anak sentiasa dalam keadaan yang selamat..π
π²ππ΅Bermainlah dengan level yang sama seperti anak2 kita..bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran bahasa mereka, malahan dapat mengukuhkan lagi hubungan antara ibu bapaπ¨π© dan anakπ¦π§..buang rasa segan dan malu ya ibu ayah π
Cuba dulu, baru tau! ππ
Demikianlah 12 tips Stimulasi Bahasa yang saya kongsikan buat masa ni. Semoga sedikit sebanyak dapat bantu ibu ayah diluar sana ya!
P/s link post di fb https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214964279274124&id=1043058276
#tipsstimulasibahasa
#iamspeechtherapist
#anakceriaibuayahbahagia
Tuesday, December 25, 2018
πLife of 2018π
Assalamualaikum!
Disember 2018
Salam perkenalan kepada semua yang baru jengah blog CikFid ni. Dah lama blog ni wujud. Bila askar makin ramai tak sempat nak update. So, jom lah kita kenal² ya.
Nama diberi: SHAFIDA BINTI SAIMAN
Kelahiran: Banting Selangor
Pada tanggal: Januari 2, 1979
Pendidikan: Dari umur 5 tahun sampailah 23
Adik beradik: Sulong dari 6 beradik
Keluarga besar saya
9th anniversary with 5 DA
Darin Ariana
Darin Adelya
Dani Alfiy
Dani Adeeb
And latest edition Dani 'Arfaan
Jadi sekarang I'm officially a mother of five!
Pejam celik pejam celik dah 16 tahun berkhidmat di bawah KKM. Bermula Julai 2002 hingga 2018, saya sudah bertugas di empat buah hospital empat negeri berbeza.
Berjinak dengan online business bersama team Tasneem Naturel! Ada yang mencari balm viral ni WA CikFid www.wasap.my/60126225579/tasneemnaturel ok.
Sehingga ke post seterusnya! πππ
Saturday, November 17, 2018
Baby nak lahir tak lama lagi? Baby GIRL? NAMA belum ada yang berkenan?
Ni CikFid share..Kredit group Nama-Nama Arabi Indah Yang Bermakna ~ πΆ NNAIYB πΆ
Nama Bunga Edisi Viral πΈπΈπΈπΈ
1. `ABHARA DIYSA – BUNGA YANG BERANI
2. ADHAALIYYA MULEEN – BUNGA DAHLIA YANG MELEMBUTKAN/YANG MEMPERMUDAHKAN
3. AKALEEL JULLIY – MAHKOTA BUNGA MAWAR KU
4. AUNA ZANBAQAH – KETENANGAN BUNGA MELUR
5. AWNI NUWWAARA – KETENANGAN BUNGA-BUNGA
6. AZAHEERA AUFAA – BUNGA YANG SETIA
7. AZAHEERA UNAYSA – BUNGA YANG SOPAN
8. DAALIYA NAFEESA – BUNGA DAHLIA YANG BERHARGA
9. DAALIYA NAZEEHA – BUNGA DAHLIA YG JUJUR/ADIL/AMANAH
10. DAHLIYYAH KAUTSARA – BUNGA DAHLIA YANG PEMURAH
11. DIFLAA SYADZWIN - BUNGA KECIL YANG BERWARNA MERAH HARUMAN
12. DIFLAA ZUHAA - BUNGA KECIL YANG BERWARNA MERAH YANG CANTIK
13. FITYAH WAAJIHA - BUNGA BERWARNA PUTIH ATAU UNGU YG TERKENAL
14. FULLAH KAAMILA - BUNGA YANG BERBAU HARUM YANG SEMPURNA
15. FULLAH MUNTASYA – BUNGA YANG BERBAU HARUM YANG BAHAGIA
16. HADDANA RAFEEFA – KETENANGAN BUNGA LILY
17. IRREES FUDHLAA – TUMBUHAN YANG TERBAIK
18. IRREES HALIYSA – TUMBUHAN YANG BERANI
19. JULLIY NAAMIYYA - BUNGA MAWAR KU YG MEMBANGUN
20. JULLIY NAQIYYA - BUNGA MAWAR KU YG SUCI
21. JULLNISREEN HULWA – BUNGA MAWAR YG BAIK/YG CANTIK/YG BAGUS
22. KAMILIYA SYAAKIRA - BUNGA CAMELIA YG BERSYUKUR
23. KAYSA NAYLUFAR – KECANTIKAN BUNGA TERATAI
24. KHUZAMA HAANIY – BUNGA LAVENDER YANG CERIA
25. LAYNA NARJIYSA - KELEMBUTAN BUNGA NARCISSUS
26. LEENIY WARDATI – KELEMBUTAN BUNGA MAWAR
27. LUBNAA LAYYINA - POHON YG LEMBUT
28. NARDEEN NABEELA – BUNGA YANG PEMURAH
29. NARDEEN SAHHARA – BUNGA YANG MEMBUAT ORANG TERPANA
30. NAURA ZAHIYYA – BUNGA YANG YG BERSERI-SERI/YG BIJAK
31. NAWRA LAYYAANA – BUNGA YANG LEMBUT
32. NAWRAH QOLIISA – BUNGA YANG TINGGI
33. NAYHA URKEED – KEKUATAN BUNGA ORKID
34. NAYLA WARDATI – PENCAPAIAN BUNGA MAWAR KAMI
35. NAYLUFAR SYAYYIRA - BUNGA TERATAI YANG CANTIK
36. NAZAAHA WARDIYYA – KESUCIAN BUNGA MAWAR
37. NIBRIS KAMIYRA – BUNGA YANG BERANI
38. NIILIY BASYEERA – TUMBUHAN YANG MEMBAWA BERITA GEMBIRA
39. NIILIY NABREESA – TUMBUHAN YANG PANDAI/YG TELITI
40. NIILIY 'UFAYRA – TUMBUHAN YANG BERANI
41. NISREEN ADZKIYAA'- BUNGA MAWAR PUTIH YANG BIJAK
42. NISREENA 'ULYAA – BUNGA MAWAR PUTIH YANG TINGGI
43. NISREENA UNAYSA – BUNGA MAWAR PUTIH YANG SOPAN
44. NUWAIRAH 'AZMINA – BUNGA KEAZAMAN KAMI
45. NUWAIRAH KHAYYIRA – BUNGA YANG BANYAK MEMBUAT KEBAIKAN
46. QOISARA MUZZHIRA – PERMAISURI YANG BERBUNGA-BUNGA
47. RAFEEFA SALISA – BUNGA LILY YANG LEMBUT
48. RAZITA 'AEESYAH – BUNGA YANG HIDUP/YANG MEWAH
49. RAZITA RANAA – BUNGA YANG MEMPESONA
50. RAZITA WASEEMA - BUNGA YANG CANTIK
51. SAUSANA WAFIYYA – BUNGA YANG SETIA
52. SAUSANA YUSAYRA – BUNGA KESENANGAN
53. SYADNA MALEEHA – BUNGA MELUR YANG CANTIK
54. SYADNA ZAHILA – BUNGA MELUR YANG TERANG FIKIRANNYA
55. SYADNI UHAYLA – BUNGA MELUR YANG MANIS
56. URKEED ARYAHIYYA – BUNGA ORKID YANG PEMURAH
57. URKEED NUBAYRA – BUNGA ORKID YANG BERAKAL
58. URKEED SYAFEEQA – BUNGA ORKID YANG PENYAYANG
59. URKEED 'UQAYLA – BUNGA ORKID YANG BIJAK
60. WARDAH SYAYURA – BUNGA MAWAR YANG INDAH
61. WARDATI ARINA – BUNGA MAWAR YANG RAJIN
62. WARDIN ANEESA – BUNGA MAWAR YANG SOPAN
63. WARDIN MILLIYYA – BUNGA MAWAR YANG BERAGAMA
64. WARDINA HAMRAA'- BUNGA MAWAR KAMI YANG MERAH
65. WARDINA MALEESA – BUNGA MAWAR KAMI YANG SOPAN
66. WARDIYYA HANIS – BUNGA MAWAR YANG BERANI
67. YASAMEEN DILFA - BUNGA MELUR YANG BERANI
68. YASAMIIN JAHARA - BUNGA MELUR YANG INDAH
69. ZAHARAH HANAA – BUNGA KEBAHAGIAAN
70. ZAHRA ZUHAA – BUNGA YANG CANTIK
71. ZAHRIYYA LAYNA – BUNGA KELEMBUTAN
72. ZAHRIYYA MUHAYRA – BUNGA YANG MAHIR
73. ZUBDAH 'AATHIRA – BUNGA YANG WANGI
74. ZUBDAH ARNAA – BUNGA YANG MEMPESONA
75. ZUHAYRA KAMIYYA - KUNTUMAN BUNGA YANG BERANI
#NNAIYB
Sedapkan nama-nama ni! Selamat memilih ya πππ
Jemput like fb page CikFid Tasneem Naturel. Nak balm atau roll on Tasneem Naturel WA CikFid www.wasap.my/60126225579/tasneemnaturel
Ni CikFid share..Kredit group Nama-Nama Arabi Indah Yang Bermakna ~ πΆ NNAIYB πΆ
Nama Bunga Edisi Viral πΈπΈπΈπΈ
1. `ABHARA DIYSA – BUNGA YANG BERANI
2. ADHAALIYYA MULEEN – BUNGA DAHLIA YANG MELEMBUTKAN/YANG MEMPERMUDAHKAN
3. AKALEEL JULLIY – MAHKOTA BUNGA MAWAR KU
4. AUNA ZANBAQAH – KETENANGAN BUNGA MELUR
5. AWNI NUWWAARA – KETENANGAN BUNGA-BUNGA
6. AZAHEERA AUFAA – BUNGA YANG SETIA
7. AZAHEERA UNAYSA – BUNGA YANG SOPAN
8. DAALIYA NAFEESA – BUNGA DAHLIA YANG BERHARGA
9. DAALIYA NAZEEHA – BUNGA DAHLIA YG JUJUR/ADIL/AMANAH
10. DAHLIYYAH KAUTSARA – BUNGA DAHLIA YANG PEMURAH
11. DIFLAA SYADZWIN - BUNGA KECIL YANG BERWARNA MERAH HARUMAN
12. DIFLAA ZUHAA - BUNGA KECIL YANG BERWARNA MERAH YANG CANTIK
13. FITYAH WAAJIHA - BUNGA BERWARNA PUTIH ATAU UNGU YG TERKENAL
14. FULLAH KAAMILA - BUNGA YANG BERBAU HARUM YANG SEMPURNA
15. FULLAH MUNTASYA – BUNGA YANG BERBAU HARUM YANG BAHAGIA
16. HADDANA RAFEEFA – KETENANGAN BUNGA LILY
17. IRREES FUDHLAA – TUMBUHAN YANG TERBAIK
18. IRREES HALIYSA – TUMBUHAN YANG BERANI
19. JULLIY NAAMIYYA - BUNGA MAWAR KU YG MEMBANGUN
20. JULLIY NAQIYYA - BUNGA MAWAR KU YG SUCI
21. JULLNISREEN HULWA – BUNGA MAWAR YG BAIK/YG CANTIK/YG BAGUS
22. KAMILIYA SYAAKIRA - BUNGA CAMELIA YG BERSYUKUR
23. KAYSA NAYLUFAR – KECANTIKAN BUNGA TERATAI
24. KHUZAMA HAANIY – BUNGA LAVENDER YANG CERIA
25. LAYNA NARJIYSA - KELEMBUTAN BUNGA NARCISSUS
26. LEENIY WARDATI – KELEMBUTAN BUNGA MAWAR
27. LUBNAA LAYYINA - POHON YG LEMBUT
28. NARDEEN NABEELA – BUNGA YANG PEMURAH
29. NARDEEN SAHHARA – BUNGA YANG MEMBUAT ORANG TERPANA
30. NAURA ZAHIYYA – BUNGA YANG YG BERSERI-SERI/YG BIJAK
31. NAWRA LAYYAANA – BUNGA YANG LEMBUT
32. NAWRAH QOLIISA – BUNGA YANG TINGGI
33. NAYHA URKEED – KEKUATAN BUNGA ORKID
34. NAYLA WARDATI – PENCAPAIAN BUNGA MAWAR KAMI
35. NAYLUFAR SYAYYIRA - BUNGA TERATAI YANG CANTIK
36. NAZAAHA WARDIYYA – KESUCIAN BUNGA MAWAR
37. NIBRIS KAMIYRA – BUNGA YANG BERANI
38. NIILIY BASYEERA – TUMBUHAN YANG MEMBAWA BERITA GEMBIRA
39. NIILIY NABREESA – TUMBUHAN YANG PANDAI/YG TELITI
40. NIILIY 'UFAYRA – TUMBUHAN YANG BERANI
41. NISREEN ADZKIYAA'- BUNGA MAWAR PUTIH YANG BIJAK
42. NISREENA 'ULYAA – BUNGA MAWAR PUTIH YANG TINGGI
43. NISREENA UNAYSA – BUNGA MAWAR PUTIH YANG SOPAN
44. NUWAIRAH 'AZMINA – BUNGA KEAZAMAN KAMI
45. NUWAIRAH KHAYYIRA – BUNGA YANG BANYAK MEMBUAT KEBAIKAN
46. QOISARA MUZZHIRA – PERMAISURI YANG BERBUNGA-BUNGA
47. RAFEEFA SALISA – BUNGA LILY YANG LEMBUT
48. RAZITA 'AEESYAH – BUNGA YANG HIDUP/YANG MEWAH
49. RAZITA RANAA – BUNGA YANG MEMPESONA
50. RAZITA WASEEMA - BUNGA YANG CANTIK
51. SAUSANA WAFIYYA – BUNGA YANG SETIA
52. SAUSANA YUSAYRA – BUNGA KESENANGAN
53. SYADNA MALEEHA – BUNGA MELUR YANG CANTIK
54. SYADNA ZAHILA – BUNGA MELUR YANG TERANG FIKIRANNYA
55. SYADNI UHAYLA – BUNGA MELUR YANG MANIS
56. URKEED ARYAHIYYA – BUNGA ORKID YANG PEMURAH
57. URKEED NUBAYRA – BUNGA ORKID YANG BERAKAL
58. URKEED SYAFEEQA – BUNGA ORKID YANG PENYAYANG
59. URKEED 'UQAYLA – BUNGA ORKID YANG BIJAK
60. WARDAH SYAYURA – BUNGA MAWAR YANG INDAH
61. WARDATI ARINA – BUNGA MAWAR YANG RAJIN
62. WARDIN ANEESA – BUNGA MAWAR YANG SOPAN
63. WARDIN MILLIYYA – BUNGA MAWAR YANG BERAGAMA
64. WARDINA HAMRAA'- BUNGA MAWAR KAMI YANG MERAH
65. WARDINA MALEESA – BUNGA MAWAR KAMI YANG SOPAN
66. WARDIYYA HANIS – BUNGA MAWAR YANG BERANI
67. YASAMEEN DILFA - BUNGA MELUR YANG BERANI
68. YASAMIIN JAHARA - BUNGA MELUR YANG INDAH
69. ZAHARAH HANAA – BUNGA KEBAHAGIAAN
70. ZAHRA ZUHAA – BUNGA YANG CANTIK
71. ZAHRIYYA LAYNA – BUNGA KELEMBUTAN
72. ZAHRIYYA MUHAYRA – BUNGA YANG MAHIR
73. ZUBDAH 'AATHIRA – BUNGA YANG WANGI
74. ZUBDAH ARNAA – BUNGA YANG MEMPESONA
75. ZUHAYRA KAMIYYA - KUNTUMAN BUNGA YANG BERANI
#NNAIYB
Sedapkan nama-nama ni! Selamat memilih ya πππ
Jemput like fb page CikFid Tasneem Naturel. Nak balm atau roll on Tasneem Naturel WA CikFid www.wasap.my/60126225579/tasneemnaturel
Thursday, November 9, 2017
I'm back...again ;)
Assalamualaikum..
It's been 2 years since my last posting..and it's already November! 2017 is going to the end and 2018 would come and say Hi! With Allah's will of course!
And me?
A mother of FOUR..yes, FOUR! 2 girls and 2 boys!.
DARIN ARIANA
DARIN ADELYA
DANI ALFIY
DANI ADEEB
4 DAs
Alhamdulillah..
2017
It's my 3rd year in HTJS! How time flies..
38 years of life
15 years of experiences in speech-language parthology..yet there are still a lot to be learned..
Being a working mum with little kiddos is not easy..yet being a full house wife is far more not easy though! For right now, my kids are my priority, eventhough the guilty feeling to my colleagues whom be left behind is on the air...may Allah ease our journey..aminn..
Will continue later then...
Wassalam
Thursday, March 5, 2015
TEBALNYA SAWANG!!
Assalamualaikum!
Fuh! bertahun tak update blog ni..kesian dia...dari anak sorang la ni dah tiga! sesapa yg rajin ikuti diri ini kat fb confirm tahu doh kan..
so..for the 1st entry for this 2015..biarlah gambar berbicara ya.. :)
Presenting my D.A!
Darin Ariana
Darin Adelya
Dani Alfiy
me and my kids..
Banyak benda nak share..pelan-pelan kayuh..tapi tak boleh pelan sangat kan..nanti tertinggal plak..emm
to be continued.....
Banyak benda nak share..pelan-pelan kayuh..tapi tak boleh pelan sangat kan..nanti tertinggal plak..emm
to be continued.....
Subscribe to:
Posts (Atom)

























