Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 26, 2025

Assalamualaikum. Hai semua!. Maaf baru sempat nak kelebet blog Cikfid ni. Cikfid ada kanji dengan kawan² fb hari tu nak explain pasal PELAT. So, Cikfid share kat entry ni ok. Happy reading!

----------------------------------------------------

So, macam yg Cikfid janji, nak kupas berkenaan PELAT. Kalau dalam sembang² kita Mak² ni, pelat tu anak cakap tak terus, ada yang tak dapat nak paham. Jadi, kalau ikut pemahaman ni, dua² situasi adalah betul lah kan.

A. Cakap hujung².
B. Butir bunyi perkataan jadi bunyi lain.

Dalam speech therapy, kondisi A lebih kepada perkembangan bahasa. Dalam anak² nak bercakap kompeten macam kita orang dewasa, ada anak yang bermula dengan sukukata yang hujung. Instead of BAJU, dia sebut JU sahaja. Keadaan ini diterima pakai sehingga anak berumur 4 tahun sahaja, dengan syarat penghasilan ayat anak semakin panjang seiring usia.

Basic formulanya:
Anak setahun-ayat satu perkataan
Anak dua tahun-ayat dua perkatan
Anak tiga tahun-tiga perkataan
Naik 4 tahun lebih 4 perkataan dan perkataan penuh.

So, kalau tak follow basic rules ni kita kata anak ada LANGUAGE DELAY atau lambat kemahiran bahasa dia. Lambat cakap senang cerita. DAPAT?

PELAT yang sebenarnya adalah B. Dalam term speech therapy kita panggil speech sound difficulty/distortion/disorder.

Tapi tapi tapi!

Pelat ni ada jarak masa yang normal ya! Cuba tengok carta perkembangan bunyi bahasa ni. Sela yang awal tu adalah bila mana bunyi² ni mula develop. Sela yang last sekali adalah last usia bila anak dah kena master bunyi tu.

Jadinya, kalau anak kita pelat, belum dapat bunyi tertentu, dan umur dia dalam sekitar petak yang berwarna, itu masih lagi normal. Kalau lepas umur tu, masih lagi tukar bunyi tu pada bunyi lain maknanya anak ada SPEECH DELAY/DISORDER.
FAHAM?

Amatlah digalakkan, walau masih dalam sela masa yang normal, bantu anak untuk betulkan bunyi yang pelat tu ya. Janganlah kita pun cakap pelat juga. Comel katanya ya. Itu tak membantu.

Ulang semula perkataan yang pelat tu untuk anak dengar macamana bunyi yang betul ok. Nak betul kan gane? Next entry lah.

Hope dapat sesuatu ya. Happy weekend!

*feel free to share, the more the better

#LifeOfSpeechTherapist
#speechsound



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...