Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 26, 2025

Assalamualaikum. Hai semua!. Maaf baru sempat nak kelebet blog Cikfid ni. Cikfid ada kanji dengan kawan² fb hari tu nak explain pasal PELAT. So, Cikfid share kat entry ni ok. Happy reading!

----------------------------------------------------

So, macam yg Cikfid janji, nak kupas berkenaan PELAT. Kalau dalam sembang² kita Mak² ni, pelat tu anak cakap tak terus, ada yang tak dapat nak paham. Jadi, kalau ikut pemahaman ni, dua² situasi adalah betul lah kan.

A. Cakap hujung².
B. Butir bunyi perkataan jadi bunyi lain.

Dalam speech therapy, kondisi A lebih kepada perkembangan bahasa. Dalam anak² nak bercakap kompeten macam kita orang dewasa, ada anak yang bermula dengan sukukata yang hujung. Instead of BAJU, dia sebut JU sahaja. Keadaan ini diterima pakai sehingga anak berumur 4 tahun sahaja, dengan syarat penghasilan ayat anak semakin panjang seiring usia.

Basic formulanya:
Anak setahun-ayat satu perkataan
Anak dua tahun-ayat dua perkatan
Anak tiga tahun-tiga perkataan
Naik 4 tahun lebih 4 perkataan dan perkataan penuh.

So, kalau tak follow basic rules ni kita kata anak ada LANGUAGE DELAY atau lambat kemahiran bahasa dia. Lambat cakap senang cerita. DAPAT?

PELAT yang sebenarnya adalah B. Dalam term speech therapy kita panggil speech sound difficulty/distortion/disorder.

Tapi tapi tapi!

Pelat ni ada jarak masa yang normal ya! Cuba tengok carta perkembangan bunyi bahasa ni. Sela yang awal tu adalah bila mana bunyi² ni mula develop. Sela yang last sekali adalah last usia bila anak dah kena master bunyi tu.

Jadinya, kalau anak kita pelat, belum dapat bunyi tertentu, dan umur dia dalam sekitar petak yang berwarna, itu masih lagi normal. Kalau lepas umur tu, masih lagi tukar bunyi tu pada bunyi lain maknanya anak ada SPEECH DELAY/DISORDER.
FAHAM?

Amatlah digalakkan, walau masih dalam sela masa yang normal, bantu anak untuk betulkan bunyi yang pelat tu ya. Janganlah kita pun cakap pelat juga. Comel katanya ya. Itu tak membantu.

Ulang semula perkataan yang pelat tu untuk anak dengar macamana bunyi yang betul ok. Nak betul kan gane? Next entry lah.

Hope dapat sesuatu ya. Happy weekend!

*feel free to share, the more the better

#LifeOfSpeechTherapist
#speechsound



Sunday, February 3, 2019

Maskulin atau Feminin?

!



Cerita hari tu.. Baru share sini 

Founder Tasneem naturel kak Haridah Sahri tiba-tiba suruh snap gambar jari ni ha. Pelik lah mula-mula tu. Nak buat apa pulak ni!

Dah tu dia minta cek jari mana yang lebih panjang, jari manis atau telunjuk.

CikFid punya jari manis lagi panjang! So?

Founder pun explain..

Jari manis lebih panjang: bersifat maskulin! Lebih berdikari
Jari telunjuk lebih panjang: bersifat feminin! Suka ngemas, masak gitu.

Haa, korang semua yang mana satu? Cuba shoot kat komen!

Dah gelak² kena target lebarkan sayap TN. Meh la join family Tasneem Naturel

Pss.. Abaikan tangan gemok tu ya ehehe. 

Agen Tasneem Naturel Banting


Bermula hanya sebagai pengguna. Saya memang maklum tentang kebaikan essential oils. Dan saya akui harganya memang umph lah! Tak dapat nak commit, sebab ada perkara lain yang lebih utama. 

Asbab Adeeb dua kali warded sebab bronchiolitis dan jangkitan RSV, ish tak boleh jadi kan. I have to do something! At first Mami Misi Zuliza Yusoff rekemen minyak herbal Asmak. Yup! Memang bagus. Dalam masa sama dia kata tengah try satu produk, kalau ok dia rekemen (that's Tasneem Naturel!) 

Bila dia dah guna dan nampak kesan positif dia share dengan saya. Tak tunggu lagi saya sambar semua sekali! Haaa. Pasaipa? Comel! Dengan pastel colour tertawan jiwaku! Bila buka bau MasyaAllah wangi yang saya boleh tolerate! Dan of course sebab dia ada essential oils! Affordable price dan tahan hingga 3-4 bulan lah (especially trub dan calm). CF-Rub cepat sikit habis dalam sebulan lebih sebab kerap sapu. Sleep lagi lah lama, jarang guna. Skeenz belum ada masa tu. 

Sampailah November 2017 saya joint as agent. Pada saya kena kongsi produk baik ni pada semua Ibu-ibu. Di samping tu initially just nak tambah duit poket sebab nak beli Mary Kay dengan Rasyedah Ahmad Raqi hehe. 

Yet bila dah join, oh, team Tasneem Naturel ni sangat bersistem! Ada coaching direct dari founder dan leaders! Dan menekankan hubungan kita dengan Allah, jiwa yang bersih, teamwork! Siapa buat dia yang dapat! 

Syukur ditemukan dengan Tasneem Naturel. Ya, tugasan hakiki perlu diutamakan. That's the challenge. Sepanjang 2018 personal sale saya bernilai RM25K dengan bonus terkumpul RM4.7K. Betul2 membantu di saat lampu merah kecemasan Ultraman menyala. Mak anak lima kan! 

Azam saya untuk memastikan agen team saya dapat bonus setiap bulan agar dapat kurangkan beban tanggungan mereka. Dapat lepas pampers dan susu anak atleast! Dengan syarat mereka mahu dan terus usaha tanpa jemu. 

Sesungguhnya siapa yang usaha dia yang dapat hasilnya. Man jadda wa jadda. 

Ada yang nak join team CikFid? 

www.wasap.my/60126225579/tnrangers 

#rants 
#makanaklima 
#TasneemNaturelJourney
#tasneemrangers2019 
#tnrangers2019 
#CikFidTasneemNaturel 
#agendiperlukan


Saturday, January 19, 2019

Mother..

"Mother
is pure radiance.

She is the sun
I can touch
and kiss

and hold
without
getting burnt."

Sanober Khan

#tasneemnaturel
#BalmBalmkanAnakmu
#tasneemrangers2019
#CikFidTasneemNaturel
#sehangatusapanibu
#TNAgentBanting



Friday, January 4, 2019

Be GRATEFUL



Bila kau rasa orang lain LEBIH adanya
Bila kau rasa kau KURANG sesuatu yang buat dirimu rasa terperuk
BERHENTI
LIHAT apa yang kau ADA sekarang
Kerana sesungguhnya ada orang lain yang TIADA apa yang kau ada

BERSYUKURLAH πŸ’œ

Selamat Jumaat sahabat yang manis. 

#PeaceJoyLove 
#IamWORTHit 
#CikFidTasneemNaturel

Wednesday, December 26, 2018

πŸ“Tips Stimulasi Bahasa


Post ini saya pernah kongsikan di FB pada Ogos yang lepas. Telah dikongsi sebanyak 1.6K. Tak sangka sebenarnya. Benda baik dikongsi bersama kan. Sedikit perkongsian untuk kita bantu perkembangan bahasa anak-anak kita. Pada anak-anak yang ada masalah lewat bertutur, ini sebagai panduan sebelum berjumpa dengan Speech Therapist ya. Setiap anak adalah unik dan punyai keistimewaan tersendiri. 

Setuju? 



So, saya kongsikan sekali lagi di blog ini. Kongsikan pada rakan taulan jika anda rasa ianya bermanfaat. 




Dewasa ni makin ramai anak-anak yang dirujuk ke Unit Terapi Pertuturan kerana masalah lambat bercakap. Slot kes baru sentiasa penuh. Ramai yang mengeluh kerana terpaksa menunggu sehingga selewatnya 3 bulan untuk menerima rawatan yang pertama. 

Sungguh pun begitu masih ada ibu bapa yang kurang faham kepentingan pengesanan awal. Sampailah anak nak masuk sekolah baru terkejar-kejar bawa anak ke hospital untuk dapatkan terapi. 

Umur 1-3 tahun adalah waktu kritikal perkembangan bahasa anak-anak. Jika terlepas sukar untuk anak-anak mempunyai tahap bahasa yang sepatutnya. Bila penguasaan bahasa tidak mencukupi, pembelajaran dan kemahiran akademik anak-anak akan terjejas. 

Di bawah ini saya simpulkan tips-tips yang pernah saya kongsi sebelum ini. Dalam bentuk gambar yang lebih mudah untuk dihadam. Di bawah setiap gambar ada penerangan ok. 

Ps: untuk ibu bapa yang dah dapat tarikh temujanji terapi tolong lah patuhi dan hadir. Jika ada sebarang kekangan TOLONG maklumkan kepada kami. Slot sangat terhad terutama kes baru.  Jika rasa anak tak perlukan terapi terus terang sahaja. Supaya slot anak anda itu dapat kami isi dengan pesakit yang lain. 

Keperihatinan dan rasa tanggungjawab dari anda kami butuhkan. 

CikFid 
Terapis Pertuturan Anda




🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

#1 Guna perkataan penuh πŸ’

Maksudnya? Kalau nak ajar πŸ‘• sebutlah BAJU..bukan AJU..kalau nak ajar πŸ‘–bagitahu SELUAR ya..bukan CUAR..dan kalau nak ajar πŸ‘Ÿ katakan KASUT, bukannya ACUT..

πŸ‘†Kenapa? Bila anak dah terbiasa dengar baby talk ni, dia akan sebut yang sama..nanti susah nak betulkan, sebab kita yang dewasa pun cakap begitu, maka pada anak2 ni, tak ada salah silapnya sebutan mereka..

Faham ya? πŸ˜‰πŸ˜‰




🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

#2 Betulkan sebutan anak secara bersahaja, tak perlu paksa anak untuk ulang. πŸ’

Contoh: anak sebut πŸ’ ONET! ONET! Response kita? Ikut sebut Onet? Angguk sahaja? Tengok dan kata 'aah dik'..BUKAN ya..kita kena kata 'Oh! Monyet! Adik nampak monyet ya! Banyaknya monyet..ulang banyak kali perkataan monyet tu ya..ini contoh..boleh guna untuk perkataan lain juga..😊😊

Sama juga bila anak guna perkataan hujung..contoh JU untuk BAJU, kita ulang semula perkataan yang penuh dalam keadaan yang santai ya 😊😊

Kenapa tak boleh paksa ulang? Takut nanti anak stres, elok2 dia nak ikut kita cakap terus shut down..siapa yang susah? Kita juga kan 😣

Setakat ni ok πŸ‘Œ?




🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

#3 Ajar perkataan baru: kita ULANG dan ULANG, bukan tanya soalan.πŸ’

πŸ‘‹ Berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa, ibubapa bila kita buat sesi parent-child interaction πŸ‘ͺ (interaksi ibubapa dan anak) ayat pertama yang selalu saya dengar πŸ‘‚ adalah INI APA? Emm..kalau anak tu memang dah tahu boleh lah dia bagitahu..kalau itu pertama kali dia lihat objek/gambar tu sampai sudah la tak jawab..tak pun dia buat tak tahu je, kita cakap sorang2 πŸ˜‰πŸ˜‰

πŸƒNak ajar perkataan baru kenalah tarik minat anak dulu kan..boleh letak objek/gambar dalam kotak ke, bawah kain ke, sorok biar kita je yang nampak..buat2 excited WHOAA!😱 ADA SESUATU LAH! Bila dia dah share attention baru kita tunjuk..get it?πŸ’ƒ

πŸ˜’ Ish..tak boleh tanya soalan langsung ke? Ok lah..boleh dengan syarat πŸ‘‰ ada penerangan selepas itu..penerangan macamana?

Contoh: ajar 🍎 EPAL..dah dapat tarik perhatian dia, kita bagitahu dia..Eh! Ada EPAL lah dik! Tengok! Ni EPAL..EPAL merah..cuba pegang, licin kulit EPAL ni kan! Keraslah EPAL ni..cuba cium..EPAL wangi..and so on..berapa kali saya ulang EPAL? silalah kira ya πŸ˜„πŸ˜„

πŸ‘Anak kena faham dulu sebelum dia dapat sebut πŸ‘„..dia perlu dengar πŸ‘‚perkataan tu banyak kali untuk dia simpan dalam memori dia..jadi, berhenti tanya soalan, ganti dengan ulangan. Ok?




πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†

#4 Terjemahkan bahasa anak anda kepada perkataan mengikut situasi dan keadaan masa itu πŸ’

πŸ‘‹ Biasakan kita dengar πŸ‘‚anak bercakap GUNA BAHASA DIA..macamπŸ”πŸ€..tiada biji butir kata orang tua2..apalah yang disebut tu nak πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯..apa yang selalu kita buat? Tanya soalan betul? APA ADIK NAK? tak pun kita teka..A? Bukan..B? Pun bukan..habis2 kita angguk je lah..ye dak..

πŸ˜’ Dah tu, nak buat macamana lagiπŸ˜₯πŸ˜₯? Sebelum kita respon, berhenti sekejap πŸš₯ dan tengok keadaan sekeliling..ada tak apa2 benda/situasi yang telah menarik perhatian si anak..Kita bertuah kalau anak tu boleh tunjuk atau buat isyarat tertentu..senang nak agak kan?

Ok, katakan bila dah scan sekeliling, kita dapat tangkap apa yang anak tadi cuba sampaikan..di sinilah tugas kita tadi, terjemahkan bahasa anak itu kepada perkataan/ayat yang bermakna 🌸🌸🌸..

Contoh: anak dah uu aa uu aa, pandang πŸ‘€ kita cuba nak bagitahu sesuatu..dan kita dah scan, nampak ada budak menangis 😭😭..jadi apa ayat yang nak kita guna? Sila jawab di komen ya πŸ˜‰πŸ˜‰

πŸ‘‰ Kesimpulannya, jangan angguk saja ya, beri perkataan yang bermakna untuk terjemah isyarat atau bahasa unik anak anda! πŸ˜‰πŸ˜‰ kenapa? Supaya anak faham perkataan yang betul untuk dia gunakan satu hari nanti..boleh? 😊😊




🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

#5 Pelbagaikan kategori kosa kata anak anda.πŸ’

πŸ‘‹Selalunya apa yang tuan/puan mula2 ajar anak untuk bercakap? Panggilan keluarga πŸ‘ͺ? Barang2 peribadi anak πŸ‘•πŸ‘–πŸΌ? Bunyi binatangπŸ”πŸˆπŸ‚? ABC? 123? Yang dua terakhir tu nanti2 dulu lah ya..kita titikberatkan bahasa komunikasi dulu ok? πŸ˜‰πŸ˜‰

πŸ‘‰Perasan tak selalunya kita lebih mengajar anak untuk tahu NAMA sahaja? Ya..begitulah kebiasaannya..kenapa? Sebab kita suka tanya soalan NI APA? APA NI? Eh 😎..macam sama pulak πŸ˜…πŸ˜… jadi anak pun lebih kepada menamakan barang sahaja..

πŸ€Sedangkan bila kita nak sembang, kita perlukan lebih dari kata nama..kita perlu kata kerja, kata sifat contohnya untuk membina ayatπŸ‘..berdasarkan pengalaman saya, anak yang tiada atau kurang kepelbagaian kosa kata, selalunya ayat panjang yang mereka ada hanyalah ayat meminta sesuatu..tidak lebih dari itu..tak cukup kan?

πŸ˜‡ Jadi, pelbagaikan kategori kosa kata anak2 ya..terutamanya kata kerja..selamat mencuba!




🐞🐞🐞🐞🐞🐞🐞🐞🐞🐞🐞🐞🐞

#6 Pelbagaikan intonasi suara πŸ’

Agak2 lah kan, kenapa ya anak2 suka tengok kartun dan rancangan kanak2 πŸ‘§πŸ‘¨πŸ‘¦macam ChiChi dan ChaCha atau Didi and Friends tu?

Warna-warniπŸ’›πŸ’™πŸ’œπŸ’š? Salah satu sebab..PergerakanπŸ’ƒ? Ya jugak..Nyanyian🎀? BETUL! malahan cara mereka bercakap menggunakan intonasi atau nada suara yang pelbagai! Ini dapat menarik minat anak dan mereka dapat 'maintain' lebih lama dalam topik perbualan..

Maaf sebut ya, ramai ibubapa kurang kemahiran yang satu ni..tak perlu malu dengan anak2..cubalah! Tengok ada perbezaan tak respon anak kat kita..cuba dulu, baru tau! πŸ˜‰πŸ˜‰ nanti share hasinya ok?




πŸŒœπŸŒ›πŸŒœπŸŒ›πŸŒœπŸŒ›πŸŒœπŸŒ›πŸŒœπŸŒ›πŸŒœπŸŒ›

#7 Beri masa untuk anak respon πŸ’

πŸ™‹ Macamana gaya anda bila memberi arahan atau bertanya soalan pada anak anda? Eh 😠..puan ni tadi kata tak elok tanya soalan..iya..betul, kan saya kata boleh dengan syarat ada penerangan selepas itu? Ingat lagi tak? πŸ˜‰πŸ˜‰

Ok..berbalik soalan saya tadiπŸ‘†..Kita dah ajar anak perkataan baru, dan kita teruja 😱 nak tengok anak kita faham dah ke perkataan tu..kita yakin anak dah tahu, sebab tu kita tanya anak..betul?😎

🍁Tuan puan..pada pemerhatian πŸ”Ž saya..kita ni, BERISIKO..ya BERISIKO untuk mengulang soalan pada anak kita lebih dari sekali!πŸ˜… secara terus menerus pula tu! Macam bidikan machine gun! Selagi anak tak jawab atau tunjuk, kita ulang lah soalan tu kan?

Adik, ni gambar apa ni..ni..ni..yang ni kan mama dah ajar, apa ni dik dan seterusnya lah..ada tak yang macam ni?πŸ™ˆ 

Tanya sekali, tunggu✋..tengok respon anak..bagi dia fikir, seketika tiada jawapan boleh tanya sekali lagi dan tunggu✋ lagi..5 saat. Cukup masa tiada jawapan, tolong lah jawabkan..anak tak stress, kita pun gembira
..kan?

Jadi..tunggu lah anak untuk respon barang seketika ya.




🌈☁🌈☁🌈☁🌈☁🌈☁🌈☁🌈

#8 10 minit setiap hari lebih baik dari tiada πŸ’

πŸ‘‹Seringkali terdengar keluhan ibu bapa bila sang terapis pertuturan mengesyorkan latihan dirumah..saya faham bab kekangan masa⏳, kerana saya juga ibu bekerjaya..setiap kita Allah kurniakan 24 jam⌚ yang sama, terpulang pada kita bagaimana hendak mencorakkannya..

😠😫Puan cakap senanglah, balik dah penat, mana nak urus rumah🏠, masak🍲 lagi, basuh bajuπŸ‘•πŸ‘šπŸ‘— bagai...

COP!✋ takkan tak ada satu masa pun yang kita ada bersama anak? Fikir betul2...dalam keretaπŸš—? masa mandi🚿? Pakai baju? Masa makan? Sebelum tidurπŸ’€? Ada ke tak ada? Lama tak aktiviti di atas ni? Rasanya paling lama pun 15 minit sahaja kan?

πŸ‘†Ini adalah di antara masa berkualiti yang perlu kita gunakan sebaik mungkin! Kita fokus pada anak, anak juga belajar fokus dengan kita..ceritakan apa yang sedang berlaku, ulang dan ulang perkataan baru, guna intonasi suara, menyanyi! πŸ’ƒTak perlu permainan yang mahal kerana setiap benda yang ada disekitar kita boleh dijadikan stimulus..yang penting KREATIFπŸ‘

Simple right? 10 minit sahaja setiap hari..the KEYWORD is CONSISTENCY..You can do this! Jia you!πŸ’ͺ




πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€

#9 πŸ‘‰ +1 πŸ’‍♀️

πŸ‘‹Hari ni kita belajar matematik ya? Eh..tak lah..Dah tu kenapa pulak ada +1 kat atas tu?πŸ€”

Sebenarnya ini adalah peraturan dalam memanjangkan ayat anak2..macamana tu? mudah sahaja..tambahkan satu lagi perkataan pada setiap ujaran yang anak anda hasilkan.

Contoh: anak nampak sebuah kereta πŸš™ di jalanraya
Anak: Keta!
Ayah: Wah! Kereta!
          Kereta biru!
Anak: Biru?
Ayah: Iya..kereta biru..kereta laju
Anak: Vroom laju!

Sweet and simple..Anak sebut satu patah, jadikan dua..anak sebut dua patah, jadikan tiga..dan seterusnya!

Sikit2 lama2 jadi bukit πŸ€—
Ingat ya..+1 ❤️




πŸ”†πŸ”†πŸ”†πŸ”†πŸ”†πŸ”†πŸ”†πŸ”†πŸ”†πŸ”†πŸ”†πŸ”†πŸ”†πŸ”†

#10 REAL IS BETTER πŸ’

Oh..really? Apa maksudnya tu puan? 😎😎

πŸ‘‹Sebelum ni saya ada tanya objek sebenar🌼 vs gambarπŸ“· kan? Dalam kita menambah kosa kata anak, penggunaan objek sebenar adalah lebih bagus berbanding gambar..Kenapa? Mari saya terangkan..

Untuk anak2 πŸ‘¦πŸ‘§dapat memahami dan mengingat sesuatu dengan lebih cepat, penggunaan kelima-lima modaliti sensori kita sangat membantu..iaitu
Deria penglihatan πŸ‘€
Deria pendengaran πŸ‘‚
Deria sentuhan ✋
Deria bau πŸ‘ƒ
Deria rasa πŸ‘…

πŸ‘‰Jadi bila kita guna objek sebenar, anak dapat menggunakan sekurang-kurangnya 4 modaliti di atas! 
Contoh:
Ajar buah durian
Lihat: warna, bentuk
Rasa: manis
Bau: bau durian lah kan πŸ˜„
Sentuh: kulit tajam, isi lembut, berat
Dengar: mungkin kalau ada dusun boleh dengar bunyi durian jatuh πŸ˜€πŸ˜€

Berbanding gambar..kita hanya dapat beri anak lihat sahaja, yang lain anak tidak dapat bayangkan..

So, that is why REAL IS BETTER..mulakan dengan objek sebenar dahulu ya..Got it? πŸ˜‰πŸ˜‰




🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯

#11 Pentingnya pengesanan AWAL! πŸ’

πŸ‘‹ Lama tak bersiaran? Maaf lah..anak2 tak sihat, saya pun..disamping mata yang berpinau 😡mengira statistik kehadiran pesakit Unit Terapi Pertuturan Bahasa, HTJ Seremban untuk tahun 2017..Apa dapatan saya? Penambahan bilangan pesakit dalam lingkungan 200++ berbanding 2016..ramai tak? Anda rasa?

Nak habaq ni, bilangan rujukan anak2 lewat bercakap semakin meningkat..kenapa? Tahap kesedaran ibu bapa dan anggota kesihatan semakin tinggi sekarang! Syabas! πŸ‘πŸ‘

Sungguhpun begitu..masih ada yang lewat dirujuk..umur 4-5 tahun baru sampai pada kami..kesian anak2, terlepas waktu kritikal pemerolehan bahasa mereka..πŸ˜₯πŸ˜₯

Ibu ayah, mohon perhatikan anak2 kesayangan kita ni ya..kalau ada tanda2 seperti di bawah ni, cepat2 bawa berjumpa mana2 Terapis Pertuturan Bahasa yang berdekatan dengan anda

🎯 12 bulan: tidak membebel, tidak menunjuk atau membuat sebarang isyarat mudah.
🎯 18 bulan: tiada perkataan pertama.
🎯 24 bulan: tiada ayat mudah 2 patah perkataan.
🎯 Kemahiran bahasa menghilang pada bila2 usia anak.

Jika ada mana2 tanda seperti di atas, mohon bertindak segera..jangan tunggu lagi ya!




🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

#12 Bermain! 🎯

Ingat tak masa kita kecik2 dulu..main tak ingat dunia kan..seronoknya panjat pokok, main tanah, main parit air yang jernih (saya lah tu πŸ˜…πŸ˜…)..best!

πŸ‘‰Bermain adalah dunia anak2..kenapa bermain penting untuk kemahiran bahasa? Sebab..dalam bermain anak berada dalam mode seronok..bila seronok tumpuan anak meningkat. Kebarangkalian untuk anak meniru perkataan adalah tinggi..ketika ini joint attention akan berlaku, maka anak akan lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh ibu bapa..anak juga dapat belajar sesuatu dengan cara yang betul. Kreativiti anak dapat di asah dengan lebih mendalam..ingat, πŸ˜‡dalam bermain tiada yang salah! Raikan idea anak2 anda..dan pastikan anak sentiasa dalam keadaan yang selamat..πŸ‘

πŸŽ²πŸ€πŸš΅Bermainlah dengan level yang sama seperti anak2 kita..bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran bahasa mereka, malahan dapat mengukuhkan lagi hubungan antara ibu bapaπŸ‘¨πŸ‘© dan anakπŸ‘¦πŸ‘§..buang rasa segan dan malu ya ibu ayah πŸ˜„

Cuba dulu, baru tau! 😊😊


Demikianlah 12 tips Stimulasi Bahasa yang saya kongsikan buat masa ni. Semoga sedikit sebanyak dapat bantu ibu ayah diluar sana ya! 


#tipsstimulasibahasa
#iamspeechtherapist
#anakceriaibuayahbahagia


Tuesday, December 25, 2018

πŸ’œLife of 2018πŸ’œ

Assalamualaikum! 

Disember 2018

Salam perkenalan kepada semua yang baru jengah blog CikFid ni. Dah lama blog ni wujud. Bila askar makin ramai tak sempat nak update. So, jom lah kita kenal² ya. 

Nama diberi: SHAFIDA BINTI SAIMAN 
Kelahiran: Banting Selangor 
Pada tanggal: Januari 2, 1979
Pendidikan: Dari umur 5 tahun sampailah 23
Adik beradik: Sulong dari 6 beradik




Keluarga besar saya



9th anniversary with 5 DA

Darin Ariana 
Darin Adelya 
Dani Alfiy 
Dani Adeeb  


And latest edition Dani 'Arfaan 

Jadi sekarang I'm officially a mother of five! 


Pejam celik pejam celik dah 16 tahun berkhidmat di bawah KKM. Bermula Julai 2002 hingga 2018, saya sudah bertugas di empat buah hospital empat negeri berbeza. 


Berjinak dengan online business bersama team Tasneem Naturel! Ada yang mencari balm viral ni WA CikFid www.wasap.my/60126225579/tasneemnaturel ok. 

Sehingga ke post seterusnya! πŸ’œπŸ’œπŸ’œ


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...